|
|
||
|
VARIAMematah serangan musuh
Apakah teknik-teknik yang dapat membantu apabila seseorang wanita merasa diri mereka terancam? KIRA-KIRA lima tahun lalu, tragedi pembunuhan Canny Ong yang sebelum itu
diculik dari tempat meletak kereta di pusat beli-belah Bangsar pada Jun 2003,
mencetuskan kemarahan banyak pihak.
Mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh kemudian mayatnya dibakar dan dibuang ke dalam lubang pembentungan. Kejadian terbaru membabitkan kes pembunuhan seorang remaja perempuan, Irmaliana Irazal, 21 tahun. Dia merupakan seorang kakitangan perkhidmatan pelanggan KLIA mati ditikam dalam kejadian samun di Taman Saujana Impian, Kajang, pada bulan November tahun lalu. Dia yang menaiki motosikal bersama ibunya pada waktu malam menjadi mangsa
jenayah dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. "Kisah rogol, ragut, liwat dan bunuh wanita masih belum berakhir. Persekitaran untuk wanita tidak selamat lagi. Untuk kes-kes sebegini, kita perlu membuat persiapan diri," kata aktivis keselamatan, Balasupramaniam yang juga kapten Sukarelawan Kebakaran dan Keselamatan Malaysia, MVFRA. Tiga jalan terbaik untuk menyelamatkan diri adalah dengan melawan, melarikan diri dan membuat persiapan. "Ia bukan bertindak untuk menyerang, sebaliknya merupakan langkah untuk
mematahkan serangan atau mengurangkan risiko kecederaan. "Apa yang menjadi masalah utama dalam kes rogol dan bunuh ialah mangsa tidak tahu bagaimana untuk mengelakkan diri daripada diserang atau didekati musuh. Ini kerana jika diserang dalam jarak dekat, penyerang akan lebih mudah memerangkap mangsa," jelasnya yang mesra dengan panggilan Bala. Bala yang ditemui pada Latihan Mempertahankan Diri, bertempat di Kolej Universiti Taylor's, Subang Jaya, baru-baru ini turut mendedahkan cara mendapatkan persekitaran yang selamat. Bagi mengelakkan daripada sebarang perkara tidak diingini berlaku, setiap
orang haruslah mengetahui zon keselamatan diri sebaik sahaja keluar dari
rumah. Tiga zon keselamatan utama yang perlu dititikberatkan oleh setiap wanita ialah zon hijau, kuning dan merah. Zon hijau bererti seseorang harus mengenalpasti tempat atau suasana yang diduduki sama ada selamat ataupun tidak. "Sekiranya, dia merasakan kawasan persekitaran itu mempunyai kawalan keselamatan yang baik, maka dia berada dalam zon yang selamat. "Zon kuning menjelaskan bahawa sekiranya anda berada di suatu kawasan yang
dirasakan tidak selamat atau berasa was-was, anda seharusnya meninggalkan tempat
itu serta merta.
"Manakala zon merah bererti seseorang mengekori anda dalam jarak dekat. Anda seharusnya meninggalkan tempat itu dan segera menyelamatkan diri," katanya.
|
||
|
|
||
© KBALA.COM.MY, All Rights Reserved.