Bala datang,
bala pun hilang
Utusan Malaysia, Isnin, 28 April 2003
Oleh Haradian Shah Hamdan

  

JANGAN main api, nanti terbakar diri.” Tetapi bagi K.Balasupramaniam atau lebih

DETIK bersejarah menerima anugerah kategori sukarela Anugerah Belia Negara 1999 daripada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahatir Mohamad

mesra dengan panggilan Bala, api bukanlah lawan, tetapi kawan buatnya selepas tertarik  dengan anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran atau melakukan kerja-kerja menyelamat.

Dengan berpakaian seragam lengkap, anggota bomba dianggapnya sebagai hero masyarakat yang bersedia membantu sesiapa sahaja di dalam kesusahan.

“Semasa kanak-kanak dulu, saya bercita-cita menjadi ahli bomba dan sebab itulah saya menyertai kadet bomba semasa di sekolah menengah,” kata anak muda kelahiran Alor Gajah Melaka ini.

Bagaimanapun, apabila dewasa beliau tidak memilih kerjaya sebagai ahli bomba, tetapi semangat yang ada dalam diri pasukan penyelamat itu mendorongnya menjadi manusia yang sentiasa ingin membantu orang lain.

Bertitik-tolak dari semangat itu, beliau dengan bantuan dua rakan karib menubuhkan Pasukan Bomba Dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA) pada tahun 1990.

Pasukan itu secara sukarela mengadakan pelbagai aktiviti bertujuan mencegah kebakaran di Lembah Klang dan turut terlibat membantu mangsa dalam kebakaran kilang mercun Bright Sparkles di Sungai Buloh, Selangor.

Mereka juga menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan antaranya bengkel mencegah kebakaran bagi kanak-kanak, ceramah untuk pelajar-pelajar sekolah, kempen kebakaran sifar dan program teman pili bomba bagi menanam kesedaran kepada orang ramai.

BALA memberi penerangan kepada pelajar tentang cara-cara menyelamat mangsa kebakaran semasa kempen yang diadakan di sebuah sekolah.

Satu kemalangan jalan raya hampir membunuhnya pada tahun 1994. Dalam keadaan separuh sedar, beliau ditutup dengan kertas surat khabar di tepi jalan sebelum ditemui masih bernyawa oleh seorang wartawan dan jurugambar.

Kejadian itu membuka matanya tentang perlunya mendidik masyarakat mengenai langkah yang boleh diambil ketika berdepan kemalangan jalan raya.

Lantas beliau muncul dengan kerja-kerja sukarela bagi mendidik masyarakat mengenai kempen keselamatan jalanraya antaranya pengurusan konvoi dan pemanduan selamat, penjagaan mangsa kemalangan dan lain-lain lagi.

“Orang Malaysia prihatin dan biasanya suka melihat jika berlaku kemalangan, tetapi kerana tidak ada pengetahuan, kebanyakannya hanya memerhatikan saja,” katanya yang juga pensyarah bagi pengurusan bencana.

Segala penat lelah dalam kerja sukarela mendapat pengiktirafan apabila persatuan tersebut dinobat penerima Anugerah Belia Negara 1999 kategori kesukarelawan.

Selepas 13 tahun ditubuhkan persatuan itu kini mempunyai pelbagai unit yang bersedia menghadapi sebarang bentuk malapetaka seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, bencana alam termasuk unit anjing penyelamat.

Persatuan yang beroperasi di sebuah “balai” lengkap dengan pelbagai peralatan dan kenderaan menyelamat, mempunyai ahli sukarela daripada pelbagai latar belakang yang boleh dikerah membantu sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Bagi Bala, soal ganjaran tidak pernah terlintas di kepalanya, malah beliau menganggap mereka yang terlibat dalam kerja suakrela tetapi mengharapkan imbuhan sebenarnya merosakkan istilah sukarela itu sendiri.

Kerana sifat semula jadi dan jasa dalam kegiatan mereka, Bala memenangi Anugerah Tokoh Belia Lelaki Wilayah Persekutuan 2001.

Baginya pengiktarafan yang diterima menaikkan semangatnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

“Anugerah yang diberi kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan sangat baik bagi mendorong golongan belia di Negara ini menglibatkan diri dalam kegiatan lebih-lebih lagi kegiatan sukarela,” ujarnya.

 

BACK TO HOME PAGE

 

© KBALA.COM.MY, All Rights Reserved.